Sunday, 19 April 2015

Terowong Smart




  •  Terowong Smart dibina pada 1 Januari 2003

  • Dibuka pada orang ramai pada 7 April 2007

  • SMART diambil dalam bahasa Inggeris iaitu Stormwater Management and Road Tunnel

  • Terowong terbesar kedua di Asia

  • Panjang terowong ini 9.7 km tetapi laluan untuk kenderaan bermotor sahaja 3.3 km sahaja

  • Bayaran : RM2.00 untuk kenderaan kereta sahaja (motosikal dan kenderaan berat tidak dibenarkan)

  • Had laju dibenarkan ialah 60 km/j      

TRANSFORMASI

 Kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik. Kerajaan juga perlu memperbanyak pengangkutan awam bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar- bandar utama . Kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam beberapa kali untuk sampai ke destinasi. Dengan ini, kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem membeli tiket secara berpepadu. Juga, kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.

Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam. Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan menepati jadual yang dirancang supaya pengguna tidak membazirkan masa mereka. Pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan syarikat kenderaan mereka dengan meletakkan televisyen dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki kenderaan mereka. Pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya . Pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga boleh menyebabkan lalu lintas.

Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada pengguna terhadap pengangkutan awam. Media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak. Pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap daripada kenderaan.

 Amphicoach adalah sebuah kenderaan berbentuk bas yang boleh jalan sama ada di atas darat atau di atas air.  Kenderaan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana boleh menggunakan jalan air.  Kenderaan ini juga mempunyai 50 tempat duduk dan telah digunakan di Budapest, Hungary. Selain itu, kerajaan perlu menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam.

Sunday, 5 April 2015

Projek Sambungan LRT

Kerajaan telah menaiktarafkan sistem pengangkutan awam dengan melaksanakan projek sambungan LRT.









Projek sambungan LRT Laluan Ampang berjalan lancar, dengan fasa pertama dijangka beroperasi pada akhir Oktober 2015 apabila set tren baharu (LRV) dijadual tiba mengikut jadual.Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menerusi satu kenyataan berkata set kedua lapan LRV baharu enam koc untuk Laluan Ampang yang disasarkan beroperasi pada Oktober, tiba di sini hari ini dan diangkut ke depot Ampang LRT untuk pemeriksaan sebelum menjalani ujian dan pengoperasian.
Fasa pertama projek itu menyambung laluan Ampang sedia ada ke empat stesen baharu iaitu Awan Besar, Alam Sutera, Muhibbah dan Kinrara BK5. Menerusi lapan tren tambahan dalam perkhidmatan mulai Oktober, pengguna boleh menjangkakan perjalanan yang lebih cepat, selain kekerapan ketibaan tren yang diharapkan menarik pengguna supaya menggunakan pengangkutan awam.

Projek sambungan LRT Lembah Klang membabitkan pembinaan trek sepanjang 17 kilometer menghubungkan stesen Kelana Jaya ke Putra Heights (laluan Kelana Jaya) dan satu lagi trek sepanjang 17.7 kilometer dari stesen Sri Petaling Ke Putra Heights (laluan Ampang). Sambungan untuk laluan Kelana Jaya itu kebanyakannya akan melalui beberapa kawasan tumpuan di sekitar Subang Jaya manakala laluan Ampang pula sebahagian besarnya akan melalui kawasan pertumbuhan rancak di bandar Puchong. 
Laluan Kelana Jaya membabitkan pembinaan 12 stesen baru manakala laluan Ampang pula 11 stesen baru. 


Prasarana menjangka kira-kira 800,000 orang akan menggunakan kemudahan itu setiap hari apabila ia mula beroperasi pada 2014, meningkat daripada 300,000 pengguna sehari ketika ini. 
Ia adalah sebahagian inisiatif penting di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan tahap pengangkutan awam negara ini. 

Saturday, 4 April 2015

-Tugas NKRA :

1. Menangani kos sara hidup

2. Mengurangkan jenayah

3. Membanteras rasuah

4. Mempertingkatkan pencapaian pelajar

5. Mempertingkat taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah

6. Mempertingkat infrastruktur asas luar bandar

7. MEMPERTINGKAT PENGANGKUTAN AWAM DI          BANDAR 


- Jelaslah sistem pengangkutan awam amat penting untuk memberi    keselesaan untuk rakyat sesebuah negara.







Sistem Pengangkutan Awam Ditingkatkan




Koc Merah Jambu Khas Untuk Wanita

Langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini memperkenalkan Koc Merah Jambu khusus untuk penumpang wanita adalah usaha murni yang perlu mendapat pujian semua pihak. Langkah ini sebagai usaha penting bagi mengangkat martabat wanita di negara ini. 







Bayangkan betapa tenangnya hati dan minda seorang wanita ketika hendak berpergian atau ketika kembali ke rumah dengan menaiki kenderaan awam yang mententeramkan hati. Jika hendak terlelap, tak perlu risau akan lelaki-lelaki nakal yang mungkin mengambil kesempatan terutamanya ketika kenderaan penuh sesak dengan penumpang. Kesesakan lalu lintas di waktu puncak terutamanya di bandar-bandar besar menyebabkan sebahagian rakyat termasuk kaum wanita memilih untuk menaiki kenderaan awam seperti kereta api dan sistem transit aliran ringan (LRT). 

Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula 27 April 2010.  Perlaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.  Demikian petikan dari laman web rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, KTMB. Menggunakan tema ‘wanita sahaja sepanjang masa’ atau ‘Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink). Menurut sumber itu lagi para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc.  Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

 1.Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita) 
 2. Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)
 3. Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita).

Konklusinya, pengenalan koc wanita secara tidak langsung mengurangkan kadar gangguan seksual kaum lelaki terhadap kaum perempuan di kereta api. Dengan ini, kaum hawa berasa lebih selamat untuk menaiki kereta api.

Contoh Pengangkutan Awam di Malaysia

Stesen LRT KL Sentral : Menuju ke Kelana Jaya



Bas Persiaran di Kuala Lumpur


Kapal terbang Air Asia di LCCT


Teksi di Kuala Lumpur


Bas eskspres di lebuh raya



Kapal terbang MAS berlepas