Kerajaan telah menaiktarafkan sistem pengangkutan awam dengan melaksanakan projek sambungan LRT.
Projek sambungan LRT Laluan Ampang berjalan lancar, dengan fasa pertama dijangka beroperasi pada akhir Oktober 2015 apabila set tren baharu (LRV) dijadual tiba mengikut jadual.Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menerusi satu kenyataan berkata set kedua lapan LRV baharu enam koc untuk Laluan Ampang yang disasarkan beroperasi pada Oktober, tiba di sini hari ini dan diangkut ke depot Ampang LRT untuk pemeriksaan sebelum menjalani ujian dan pengoperasian.
Fasa pertama projek itu menyambung laluan Ampang sedia ada ke empat stesen baharu iaitu Awan Besar, Alam Sutera, Muhibbah dan Kinrara BK5. Menerusi lapan tren tambahan dalam perkhidmatan mulai Oktober, pengguna boleh menjangkakan perjalanan yang lebih cepat, selain kekerapan ketibaan tren yang diharapkan menarik pengguna supaya menggunakan pengangkutan awam.
Projek sambungan LRT Lembah Klang membabitkan pembinaan trek sepanjang 17 kilometer menghubungkan stesen Kelana Jaya ke Putra Heights (laluan Kelana Jaya) dan satu lagi trek sepanjang 17.7 kilometer dari stesen Sri Petaling Ke Putra Heights (laluan Ampang). Sambungan untuk laluan Kelana Jaya itu kebanyakannya akan melalui beberapa kawasan tumpuan di sekitar Subang Jaya manakala laluan Ampang pula sebahagian besarnya akan melalui kawasan pertumbuhan rancak di bandar Puchong.
Laluan Kelana Jaya membabitkan pembinaan 12 stesen baru manakala laluan Ampang pula 11 stesen baru.
Prasarana menjangka kira-kira 800,000 orang akan menggunakan kemudahan itu setiap hari apabila ia mula beroperasi pada 2014, meningkat daripada 300,000 pengguna sehari ketika ini.
Ia adalah sebahagian inisiatif penting di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan tahap pengangkutan awam negara ini.

No comments:
Post a Comment